Tuesday, June 5, 2012

Epilog

Jauh anganku sehingga tak sedar 2 jam aku di padang kampus. Begitula aku menghabiskan waktu yang terluang di kampus sewaktu menunggu waktu kelas yang berikutnya. Dua sahabatku kini mungkin masih di kafeteria lagi. Masih makan dan makan.....Zalia dan Maya, itulaha dua sahabat baik ku di kampus. Uitm Shah Alam...tempat impian ku dan kini aku di sini. Bak kata Maya yang sentiasa mempopularkan "Uitm di hatiku"...
(aku search kat google)
Zalia: Xandra, kelas batal . Prof Baktiar sms kat hp aku
Maya: Kemana kita hari ni, kelas da batal. Assignment semua Xandra da paksa kita siapkan tadi. Nak     study, belum ada mood. Jom tengok wayang nak? Aku belanja.
Xandra: Good to hear.

Dua sahabatku yang betul-betul memahami. Terima kasih sahabat. Dengan cadangan yang hebat itu,maka kami bertiga, menuju ke KLCC. Walau pun pawagam yang terdekat adalah di Bukit Raja, Klang. Tapi pawagam KLCC adalah tempat paling kami sukai. Di situla kami sentiasa bersantai...
(aku search kat google)
Lepas menonton kami habiskan masa di taman KLCC. Sembang strawberry lagi la kami di sini. Ada saja yang dibincangkan. Yang paling menarik, fesyen apa yang kami sesuai pakai. Masing-masing akan bagi pandangan. Tapi setiap kali komen, aku mesti dengar" Kau da ok sangat. simple tapi boleh buat orang toleh banyak kali. " aku pun tak paham..layan strawberry je...

Maya: Xandra, aku tanya sikit boleh?
Xandra: Ada penah aku marah ker?
Maya: Kenapa ko masih takde yang steady? Imran pun, kalau dating ada sembang bende ni. dia pun pelik?
Xandar: Strawberry belum masak lagi, tu yang tak de tu.
Zalia: Ayat nak lari topik la tu.

Kadang-kadang aku pun pelik dengan diri aku. Takde minat dekat lelaki buat masa ni. Da masuk tinggal lagi dua semester je, masih single...memang terharu strawberry aku. Kebanyakkan student, semester dua je da ada yang steady. Agaknye aku ni memilih sangat, Padahal, Dalam Fakulti Elektrik tu bersepah lelaki, tapi hati aku tengok diaorng no feeling like Strawberry. Belum jodoh la tu. Baru 22tahun. Apa nak risau. Masih banyak masa lagi. Entah-entah aku yang tak menarik, tapi ada aku kisah, janji diaorang tak kacau aku. Kenapa aku fikir macam-macam ni? Relax.....

Balik dari KLCC, kami lepak di cafe kolej Melati. Tenangkan fikiran sambil sembang ringan-ringan dengan Maya dan Zalia sebelum balik ke bilik masing-masing. Almaklumlah kami tak sebilik kerana ikut nombor pendaftaran. Kami memang suka tinggal hostel berbanding rumah sewa. Lebih selamat. Kalaula di takdir kami sebilik, haru Strawberry Kolej Melati ni kami kerjakan. hehehehehe......

Alhamdulillah, selamat sampai bilik yang ku rindui.....salam ku bersambut. Rupanya Nisha ada di bilik. Nisha roomateku yang tak pernah bertukar sejak 2tahun ini. Dia budak Office Management. Memang orang Shah Alam, tapi tetap nak duduk hostel, walaupun rumah hanya belakang UITM. Dengan Nisha adalah orang yang aku rapat selain Zalia and Maya. Aku pernah ke rumah Nisha. Nisha dua beradik. Ada abang, dan dia adik.Tapi yang pernah aku jumpa Daddy dan mummy dia je. Abang Nisha study di Korea. Kalau pegi rumah Nisha, gerenti aunty masak best-best. Memang kenyangla aku sebelum balik hostel.

Malam ni aku nak buat housekeeping....nak tukar cadar, nak tukar tuala mandi, nak lap meja, nak susun baju nak kemas kini notice board. Nak buat macam-macam lagi. Esok Sabtu datang lagi, nak relax....jom Cameron Highland....

(aku search kat google)

Cameron Highland adalah tempat relax favorite aku. Ada teman atau tak, kalau hati da nak pegi, aku on je. Esok mungkin aku pergi sendiri. Strawberry....aku datang...Ibu dan abah dah tahu aku nak ke sana. Ibu dan abah memang memahami. Mereka selalu menghabiskan masa bersama dengan makan angin setelah abah pencen Pengetua Sekolah. Kadang-kadang, bile aku nak balik Kuantan, ibu dan abah ada di Terengganu la, di kelantan la...Jadi Ibu dan abah sentiasa nasihatkan aku kalau takde apa yang penting, boleh buat sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri, dengan syarat aku memberitahu mereka dahulu. Dan mereka da tahu, tempat favorite aku adalah Cameron Highland.

Selesai kemas bilik, masa untuk tidor yang nyenyak. Tidur dalam keadaan yang sangat bersih dan tenang. Nisha dah lama beradu. Mungkin ada rancangan yang perlu tidur cukup. Kalau tak, masa begini masih berceloteh lagi.
(aku search kat google)
Tak sabar memulakan perjalanan esok. Tunggu aku Strawberry...