Tuesday, November 19, 2013

Chapter 9



Alhamdulillah selesai solat subuhku. Hari ni Jumaat yg sememangnya hanya ada kelas 8pagi smp 9 pagi. Back up kelas smlm 9pg sampai pukul 10pg lepas tu free…. Kemas buku dalam beg dan pilih baju nak ke kelas.
Terpandang hp JGS Celop. Apa aku nak buat dengan JGS ni? Rupa ada, kerjaya ada establish lagi. Macam tak logik dia approach aku. Nak buat aku perasanla tu. Lagipun dia tua 8tahun tu. Boleh layan ke jiwa kanak2 strawberry aku ni.. eh….kenapa aku fikir pasal JGS pulak ni…Hati..mesti tabah tau. Jangan mengalah untuk jatuh cinta. Dia byk pilihan. Nanti kau juga yg merana.

Setelah bersiap, Nisha mengajak aku ke dewan makan sebelum ke kelas. Makan roti 2 keping dan nescafe panas. Selesai breakfast, sempat Nisha berpesan pick up all incoming call. Aku mengangguk shj…eh…biar betul aku ni. Bunyi  je pick up je la. Bukan susah.

Langkah aku lajukan sampai kelas sudah ramai yang datang. Tak lama kemudian lecture pun datang. Segalanya berjalan lancar sehingga la kelas back up berakhir. Maya n zalia minggu ni pakat balik kampung. Nisha pun balik umah minggu ni.

Perlukah aku ke Cameron Highland???? Jam pukul 10.15pagi. sempat lagi ni. Tak payah balik kolej, pakai baju spare dalam kereta je. Memang da jadi rutin aku simpan beberapa pasang baju n keperluan aku. Ok….teruskan perjalanan.

Pukul 11.30 aku di RR untuk menghirup kopi panas secara santai. Kedengaran ringtone hp Lucky. Teringat cerita Heartstring. Eh.. kenapa lama sgt lagu ni hbs. Nampak sgt tuannya suka lagu tu…tapi semua memandang ke arah aku…
Eh..aku ker???la…baru aku teringat hp JGS celop.

Xandra: hello
Caller 1: eh…kenapa suara perempuan? Ni hp geun suk kan?
Xandra: ya. Tapi dia takde. Dia tinggal hp dia pada saya.  Nanti kalau saya da pulangkan hp ni saya suruh dia kol back.
Caller 1: ok.

Tanpa tunggu ayat seterusnya aku terus letak. Harap tiada call yg lain.
Kenapa dalam hati ada sedikit rasa bersalah ni...tapi aku tak buat salah...baik aku teruskan perjalanan. Lagi cepat smp lagi bagus. Kali ni boleh lama sikit kat Cameron Highland. Isnin dan selasa cuti...

Tepat jam 330 petang aku sampai di Century Hotel. Aku terus check in hotel. Masuk je bilik, amat menenangkan..bilik level bawah yg ada garden. Ambik air 3 in 1 nescafe bancuh dan lepak sekejap di kerusi yang ada di garden. Nampak mcm bilik sebelah ada penghuni....ah biarkanla...nikan hari cuti yang panjang. Pasti ramai yang datang sini. Aku pun bernasib baik dapat bilik.

Ok...skarang aku mandi dan bersihkan diri...aku nak buat kejutan kat May Lin. Nak pegi pasar malam dan lepak sana sampai pasar nak tutup. Mesti May Lin happy......

Seperti yang dijangka, aku betul menjadi kejutan buat May Lin. Bile dia nampak aku je, terus bersorak dan berlari menuju ke arah aku. Dengan pantas May Lin menarik aku meneruskan perjalanan ke cafe yang berhampiran. Siap pesan kat pekerja, dia terus balik. Sungguh melampau....tapi aku gembira.

May Lin: kau kata tak datang, tapi hati aku kuat ckp kau akan datang.
Xandra: parent aku takde kat umah, pergi trip ke Bandung. Tu yang aku ke sini. Kau tak suke ker aku dtg?
May Lin: mana boleh tak suka.ada cite menarik untuk kau....tu yang tak sabar nak jumpa kau.
Xandra: apa yang menarik?
May Lin: order la dulu. Sambil makan aku cerita..

Air Nescafe panas dan sepinggan chicken chop hidangan pilihan aku. Barli panas dan sepinggan fish and chip menu pilihan May Lin. Apa lagi, makan la....

May Lin: xandra, ni berkenaan dengan JGS celop tu. Boleh dikatakan tiap2 minggu dia datang sini dan jumpa aku kat cafe tau. 

Xandra: kenapa dia jumpa kau. Kau ada scandal dengan dia ker. Tak bagi tahu aku pun.

May Lin: mula-mula aku terkejut. Bile dia mula start tanya pasal kau, aku jadi pelik. Dan minggu berikutnya datang dan tanya benda yang sama, so aku pun seakan paham akan maksud dia. Perlu aku teruskan?

Xandra: dia tanya apa? Apa yang kau jawab? Aku peningla dengan dia ni.tak cukup kat kampus dia kacau aku, sampai kat sini dia selidik aku. Perlu ker? 

May Lin: aku faham maksud dia. Yang aku tak faham engkau. Kenapa menolak?rupa ada, kerjaya ada. Islam pulak tu.

Xandra: kau tak faham. Kalau package macam tu susah nak jaga. Bolehkah orang macam tu setia dekat aku yang macam pipit dengan enggang ni. Aku ni pun tengah tahan hati aku jangan terperangkap dalam perasan ni. Nanti aku juga makan hati.

May Lin: itu satu alasan yang terlalu hipokrit. Aku tak boleh terima. Kau ada pengalaman bercinta ke? Aku macam tak tahu je kalau ada.

Xandra: memang la aku tak pernah bercinta. Tapi pengalaman kawan aku di sekolah teknik dulu. Kawan aku ni biasa sangat orangnya. Tapi dalam diam senior yang paling handsome dan paling pandai kat sekolah minat kat dia. Bukan tu je. Senior tu pandai menyanyi dan melukis juga. Full package...kalau ko tengok kawan aku tu mesti kau tak caya macam mana senior tu boleh minat kat dia.

May Lin: apa jadi lepas tu...

Xandra: kawan aku minta semua di rahsiakan. Tapi senior tu sendiri yg dedahkan hal mereka. Katanya tanda ikhlas menyintai. Jadi kawan akuni dituduh memikat secara hebat sampai boleh buat senior handsome mcm tu boleh terpikat. Aku selalu dengar keluhan dia. Tu belum senior perempuan yang minat dan buli kawan aku tu.

May Lin: teruk jugak ya...

Xandra: tula..kawan aku ni terlalu menjaga hubungan sehingga tak kisah apa orang nak kata. Last2 masa kami masuk tingkatan 5 abang senior tu masuk UTM , kakak kawan aku tu belajar kat sana juga. Tapi abang senior tu tak kenal. So kakak kawan aku tu nampak abang senior tu tengah dating dengan pompuan lain. Kawan aku tanya status dia, abang senior tu tak jawab. Alih2 dapat surat cakap kawan aku curang kat sekolah, jadi dia nak putus hubungan. Sedih tau...

May Lin: la...dia yang ada girlfriend, kawan kau pulak yg dituduh curang. Stress betul la...

Xandra: kalau kau dengar pun boleh stress, ni pulak yg mengalaminya. Aku yang ada dengan dia masa tu pun turut sedih tau. Tapi aku respect kawan aku tu sebab cepat bangkit. SPM terbaik peringkat daerah tau. Skarang di UTM yang sama dengan abang senior tu.

May Lin: kat sana tak bertembung ker...

Xandra: mana tak nye..satu fakulti. Abang senior tu sibuk tunjuk gf. Tapi kawan aku ni maintain pandai dan di sukai ramai student dan lecture..jadi setakat senior tu tak buat dia kekok pun. Malah jadi lebih kuat.

May Lin: jadi kesimpulannya ko tak nak kat JGS tu sebab dia full package dan ko tak nak jadi macam kawan ko la ya....

Xandra: tu salah satu sebab. Kira major reason la. Dah la muka dia macam JGS, kau rasa kalau ada yang macam Park Shin Hye datang dia nak stay ngan aku...rasanya tak kot. Kawan dia yang jadi lecturer kat uitm tu oun cun giler, lagila...aku ni kerdil. Sekelip mata dia tinggal aku. So aku kene kuat dan tahan hati aku ni.

May Lin: tapi aku kesian la kat dia. Dia macam ikhlas nak kat kau. Aku tahu kau pun suka kan...kenapa nak pilih terseksa..ni bukan zaman sekolah.

Xandra: aku mengaku, memang aku suka kat dia. Jadi sebab tu la aku kene kuatkan hati jangan sampai hati aku jatuh pada dia. Nanti aku juga yang terluka. Sebelum terluka, baik kita prevent. Right?

Perbualan kami bukan habis di cafe saja. Malah di teruskan sampai ke hotel. Sambil berbual sehingga tertido. Itulah kami yang dari mula kenal sampai skarang tetap sama... Persahabatan yang aku harap berkekalan sampai kami tua.

Chapter 8



Mulut sentiasa mahu menafikan
Muka seperti mahu berhenti berpaling
Tapi akal yang waras tak henti memikirkan
Hati mengiakan tanpa berbanding

Hariku seperti biasa. Café Menara menjadi lokasi pilihan setelah habis kelas masa pertama. Dua jam lagi kelas masa kedua akan menyusul. Tapi aku malas  menyertai Maya dan Zalia yang memilih untuk balik ke hostel. Sambil menikmati cheese cake dan nescafe ais di satu sudut café. Telinga ku aku sumbat dengan headphone yang memainkan lagu kegemaranku. Huhuhuhu….

Melihat telatah pelajar lain yang bukan man bergaya lagi ke kelas. Mungkin budak Art, tak pun budak MassComm tak pun budak Office Management. Sebab diaorg semua kene jaga personality. Tak macam aku, jeans and t-shirt dah memadai. Budak engine. Tumpuan ku terhenti ke sekelompok pelajar perempuan yang dari tadi boleh di katakan kerap memandang ke arah aku. Walaupun tak mendengar butiran perbualan mereka, cara memandang tu buat aku perasa juga. Ada yang tak kena ke aku ni?

Aku terus menyambung menikmati cheese cake dan alunan lagu. Sambil tangan melihat assignment EE112 yg baru dapat tadi. Mesti kene faham semua nota minggu lepas, baru boleh buat assignment dengan mudah. Jang Geun Suk punya lagu bermain di telinga, mulut mula turut serta menyanyi anak khas buat pendengaranku sahaja.

Setengah jam berlalu, pelajar perempuan yang memandangku makin kerap memandang. Ish…kenapa ni? Tak sedap hati, lalu aku menanggalkan headphone dan merenung ke arah mereka. Aku buat muka seolah bertanya kenapa. Dengan mimik mukaku, mereka menunding jari ke arah satu meja. Tanpa berfikir panjang aku terus toleh. JGS Celop…..apa aku nak buat ni….buat-buat macam tak nampak. Xandra….cool je ok.

Kenapa dia masih di situ. Walaupun mejanya hanya selang 3 buah meja. Tapi bahang tenungannya seolah dia berada di meja yang sama. Haruskah aku berlalu…ya…baik aku kemas barang. Lepak di library pun ok. Tanpa menoleh, aku berlalu sambil mengenyit mata pada kumpulan pelajar perempuan tadi yang masih mencuba nasib memikat JGS Celop kot. Semoga Berjaya…



Suasana dalam library terlalu sunyi dan buat aku segan duduk sorang2 di meja. So aku ambik keputusan duduk di antara celah rak buku yng bersudut. Huh…macam dalam drama pulak. Dalam aku kusyuk dengan duniaku. Kenapa aku nampak pelajar-pelajar perempuan kat library ni tetiba macam melihat dan bercerita tentang sesuatu. Apa yang menarik baru masuk ke library yang tadi senyap kini tetiba bising? Aku pun nak tengokla. Aku keluar dari celah sudut rak tu, terus memandang sekitar pintu masuk. Artis celop tu rupanya. Baik aku bersembunyi. Nanti tak pasal2 dia nampak aku.

Dari celah rak sebelah kedengaran perbualan kecil yang aku juga boleh dengar dengan jelas.
“ Abang, boleh berkenalan? Nama abang siapa ya?”
“Azizul Kamil”
Terkejut beruk aku apa bila terdengar nama tu. Macam mana nak lari ni. Seperti da kene kepong. Ya Allah sabarkanla hati ni.
“ Abang, da ada girlfriend ker?”
“ Tengah mencari la ni”
“ Tak percaya la. Handsome macam abang ni takde girlfriend”
“ Ni masuk library ni nak cari girlfriend la ni”
“ So abang da jumpa orang yang tepat la ni. Saya Farisha, panggil Shasha. Malam ni free tak?”
“Sorry Shasha, abang memang tak berminat”
“Abang tunggu dulu, ni contact no shasha.”

Tiba-tiba, tercegat si JGS celop di depan aku. Dia capai beg aku, handphone dan buku aku. Tak cukup dengan tu tarik aku bangun. Dan….

“Ha…da jumpa girlfriend abang. Ni Shasha, girlfriend yg abang nak cari tadi. Kenalkan Xandra. Ok jumpa lagi.”

Kemana pulak dia nak bawa aku ni? Mc Donald Sek 3. Aku masuk ke Mc Donald tu seolah2 aku mmg nak ke sana. Masuk dengan lajunya. Tak nak seiringan dengan JGS Celop. Ni mesti jadi perhatian jap lagi. Sebab tu hati aku ni kalau cari boyfriend cari yang biase2 je. Ala- ala strawberry. Betul cakap aku, sampaikan orang yang tengah makan pun berhenti kejap nak tengok ke handsome man JGS Celop ni. Aku duduk kat tingkat bawah dan depan TV. Aku buat hal aku sendiri. JGS celop ambik tempat di meja yang sama dan berhadapan.

Hati, buatla seolah-olah dia tak berada dihadapanku. Aku terus bangun dan menuju ke kaunter untuk memesan hot coffe. Di kaunter…

“Coffe large satu ya.”
“Okey. Akak, handsome nye boyfriend akak.”
“Dik, tu bukan boyfriend akak. Tak sesuai ngan akak. Handsome sangat.”balasku sambil ketawa kecil. Mungkin dia pun bersetuju ngan aku.

Baru aku tinggalkan kejap da ada perempuan duduk di meja tu. Rancak pula berbual. Jadi aku ambik keputusan duduk meja di luar. Takpela, aku bagi ruang diaorang berbual. Sambil aku menikmati hot coffe. Dan sedikit terlupa mengenai JGS Celop tadi. Tinggal setengah jam lagi sebelum kelas bermula.

“Malu sangat ke duduk semeja dengan abang?”
“ Kenapa ni? Kite bagi peluang kat dia, nak marah2 pulak.”
“ Peluang apa?”
“Dah la. Xandra ada kelas ni”

Hp ku berdering.

“Zalia, kejap aku da nak gerak ni”
“Xandra kelas hari ni cancle. Esok back up class. Prof inform Maya tadi. Kami pun da kat Subang ni.”
“ Class cancel, baru skarang ko bgth. Da siap sampai Subang lagi. Oklah tq anyway.”

Haluan kereta JGS Celop ni tak  menuju ke hostel aku. Tapi seperti ke Mid Velly kot. Suka hati la. Nak tengok juga, apa akan jadi. Di parking lot dia keluar membukakan pintu untuk aku. Dia pegang tangan aku….kenapa ni? Aku cuba lepaskan, dia genggam kuat. Makin confius aku.

Melangkah masuk ke Mid Valley sambil berpegangan tangan. Seperti biasa, dia akan menjadi perhatian. Dalam lift saja orang da berpandangan. Yang pasti bukan sbb dia pegang tangan aku. Tapi sebab mukanya yang terlalu sama dengan Jang Geun Suk.

Sebaik keluar lift, dia memimpin aku ke Big Apple café. Tanpa bicara aku mengikut shj. Aku berharap tidak akan bertemu dengan orang yang mengenali aku. Didudukkan aku, kemudian dia datang dengan beberapa jenis donut dan hot coffe. Aku makan tanpa rasa bersalah dan tak menghiraukannya yang seakan sibuk menelefon. Butiran yang aku tak berapa faham. Macam ada sebut Cameron Highland.

“Esok ada kelas tak?” soalan memecah kesunyian.
“Back Up class yang cancel tadi.”
“Pukul berapa?”
“Nak pergi toilet jap.” Aku cuba melarikan diri lagi

Apa aku nak buat ni. Baik aku naik teksi ke stesyen komuter. Tak boleh di teruskan ni. Nanti aku terperangkap dengan perasaan aku sendiri.  Alhamdulillah aku da kat dalam komuter. Berjaya melepaskan diri. Azizul Kamil maafkan Xandra sebab memang tak nak terlibat dengan perasaan. Sebelum terjebak, baik elakkan diri. Lagipun dia boleh dapat yg lebih baik dari aku.

Sepanjang jalan hp tak berhenti bordering. Nasib baik aku silentmode. Sampai juga kat kolej. Hp masih berdering lagi. Baik aku cepat masuk bilik.

Bila da berada dalam bilik rasa tenang sangat. Kedengaran Nisha bagi salam. Da balik rupanya. Bila tengok Nisha, terus fikiran melayangg kat JGS Celop tu. Apa agaknya jadi dengan dia. Marah tu da semestinya. Tapi takpe esok mesti da reda.

“ Xandra, kalau aku tanya ko satu perkara boleh?”
“ Apa dia? Kalau aku boleh jawab, aku jawab.”
“Tadi abang aku bawa ko kat midvelly ker?”
“Haah. Kenapa?”
“ Lepas tu ko lari balik tanpa bagitahu kan?”
“Haah. Kenapa ni”
“ Abang aku bagai nak gile cari kau. Dia kol tak dapat.
Aku kol pun ko ignore. Dia ada kat bawah.”
“ Nisha, aku minta maaf sangat da susahkan kau. Tapi aku
 tak fahamla apa yg abang kau nak sebenarnya.”
“ Dia suka kat kau. Itu pun kau tak faham ker? Itu kite
cerita lain. Skarang kau pergi turun jumpa dia dulu.
 Settle apa yg patut settle.”
“ Yer la…”

Aku melangkah dengan malas. Apa yang aku nak
perkatakan nanti. Hati aku ni mesti bertahan. Dan jangan
tunduk dengan cinta. Tabahlah hati. Melihat dari jauh
saja boleh buat hati meruntun. Hati, tabahla…

“Assalamualaikum”
“ Hulurkan  tangan”
Aku hulurkan tangan , dia mengeluarkan sesuatu dan
meletakkannya di tanganku. Dia terus masuk kereta
tanpa berkata dan berlalu meninggalkan aku dengan
seribu soalan. Kenapa bg aku hp dia?

Nisha: apa abang aku cakap?
Xandra: dia bg aku hp.
Nisha: eh…ni hp dia…jap along call.

Nisha: ya along. Da kat umah ya.
Azizul Kamil: Da. Adik, pesan kat Xandra jawab semua panggilan kat hp along.
Nisha: ok.
Azizul Kamil: ok dik. I trust u. nite.

Perbualan yg ringkas antara adik dan abang.

Nisha: Xandra, abang aku suruh ko angkat semua kol in.
Xandra: kenapa abang kau buat aku macam ni?
Nisha: Aku rasa, dia mmg da angau kat kau.
Xandra: Nisha, aku mmg nak anggap abang kau abang aku juga. Aku rasa abang kau confius. Kitakan budak2lagi. Lagi satu. Aku tak nak terluka.
Nisha: Kau cuba dulu. Aku kenal abang aku. Da la…aku tido dulu la. Jangan lupa angkat incoming call.