Kenduri di rumah Nisha
berlalu dengan bersahaja. Aku sepeti biasa meneruskan aktiviti harianku. Minggu
ini aku ke Cameron Highland. Mak dan Ayah sudah di maklumkan. Lagipun mak ngan
ayah ke Langkawi club trip. Itulah mak dan ayah ku yg menghabiskan masa berdua.
Sedar tak sedar dah hari
Jumaat. Kelas petang dibatalkan. Jadi kelas hari ni berakhir pukul 1ptg.
Rasanya baik aku bertolak pukul 2ptg dan pukul 5 ptg mungkin sampai. Lagi best
boleh habiskan masa malam yg sejuk…call mei mei la…suruh reserve hotel.
Kelas berakhir dengan
lancar. Aku terus menuju kebilik mengemas. Sambil mengemas aku bersembang
dengan Nisha yang juga mengemas untuk balik rumah.
“Xandra, Cameron Highland
lagi?”
“Yup. Dah lama rasanya
aku tak ke sana. Dalam 3 minggu ada kot”
“ la…Cameron Highland
tukan rumah kedua ko. Eh Xandra, ko tahu tak, sejak kenduri tu, abang aku jadi
pelik tau.”
“ kenapa dengan abang
ko?”
“ takdela, selalunya
kalau jumpa aku atau kol aku, mesti tanya pasal ko. Tapi lepas kenduri tu mcm senyap
je.”
“ okla tu. Dia saja je
tu. Lagipun aku ni mana la sesuai dengan dia. Aku sempoi, dia mat smart.
Huhuhuh, sesuai ngan lecture fizik Qila tu.”
“ Aku pun tak paham la ko
ni xandra. Merendah diri sangat. Aku suka kalau ko jadi kakak ipar aku.”
“jauh pulak kau melalut.
Sampai jadi kakak ipar. Ape2 pun abang ko tu terlalu hensome untuk
aku…hahahahaha. Dah la Nisha, aku pergi dulu ya. Jumpa hari isnin.”
“ok. Mama kirim belikan
tea strawberry. Stok dia da habis.”
“ok. Aku pergi dulu”
Perjalananku lancar,
tepat jam 6ptg aku check in. terus masuk bilik bersihkan diri serta mengemas
barang-barang yg aku bawa. Lepas solat Isyak, aku melangkah ke Café hotel.
Huh…pekena secawan hot coffe mesti ada uhmmm..
Langkahku terhenti
apabila kedengaran namaku di panggil. Huh…sungguh brutal Mei Mei ni.
“satu café tahu nama aku
Xandra.”
“ la…takkan tu pun nak
ambik hati”
“ takdela…apa khabar ko.
Lama tak jumpa. “
“ aku ok je. Xandra, esok
lepak café aku ya. Macam biase.”
“ok. Apa lagi aktiviti
aku selain lepak di café ko”
“eh….Xandra, cube ko
tengok, tu bukan JGScelop yg dulu te ker?”
Bile aku toleh, mmg dia.
Eh…dia dan Prof Qila….hurmmmmm pasangan yg sesuai.
“Mei, apa kata lepak
bilik aku malam ni. Kita take away hot coffe n lepak kat bilik.”
“good idea. Amma aku da
agak benda ni akakn berlaku. Awal2 da bg kebenaran.”
Mei mei seolah2 melupakan
perbincangan mengenai JGS celop tadi. Kami berlalu ke bilik dengan lalu di meja
JGS celop. Seperti biasa, aku buat seolah2 tak perasan la. Best la dia lepak
dengan Prof Qila. Sama cantik dan sama padan.
Sampai bilik, aku
mendengar banyak cerita dari Mei Mei. Tapi semua tu tak dapat membuat fikiranku
lupa akan JGS celop. Ah..kenapa aku ni. Mei Mei bercerita sampai tertidor.
Perlahan aku keluar. Lepak di taman café hotel. Sambil aku melayari internet
dan telinga dihidangkan dengan lagu korea pujaanku.
Malam sejuk yang buat aku
ketagih datang ke Cameron Highland. Sambil dengar lagu, sambil fikiran
melayang. Kenapa aku mesti teringat akan
JGS Celop ni. Siapa saja yang tengok dia pasti terpikat. Sebab tu kalau dia
kacau aku tu , aku anggap tu adalah gurauan. Takkan dia nak kat aku pulak. Hari
ni jumpa dia bersama Prof Qila. So aku tak payahla nak perasan sangat.
Sebenarnya aku tak mudah
untuk jatuh cinta. Cukupla pengalaman cinta monyet yg pernah aku alami.
Walaupun penghujungnya yg menyayat hati, tapi aku tetap happy ada pengalaman yang
begitu. Aku serik bercinta dengan lelaki yang boleh buat perempuan jatuh cinta
hanya dengan melihat shj. Cukupla masa cinta monyet. JGS celop tu dalam
kategori yang sama.
Teringat cinta monyet
sungguh kelakar. Masuk Uitm je, aku agak payah nak menerima mana2 lelaki.
Alhamdulillah Allah sentiasa menemukan aku dengan insan yang berwajah
Strawberry sangat. Mungkin benar khabar angina, bahawa perempuan yang tak lawa
akan di pertemukan dengan lelaki yang handsome. Syukur ya Allah. Bukan aku
menolak hadiahmu Ya Allah. Cuma hati belum bersedia.
Terasa ada yang menarik
headphone ku. Ku toleh…
“Sorang je.” Aku hanya
mengangguk shj. Tanganku dengan pantas mengemas barang-barangku di atas meja.
Shutdown laptop. Baru nak
berdiri….tangan ku ditahan
“ Duduk dulu.”
“Sepertinya takde apa
yang perlu diperkatakan. Baik saya masuk bilik dulu.”
“ Mungkin Xandra takde.
Tapi saya ada. Kenapa Xandra cuba melarikan diri dari saya?”
“Siapa yang melarikan
diri?”
“Saya faham setiap gerak
geri xandra yang cuba mejauhkan diri dari saya. Saya ada buat salah ker?”
“Kenapa nak ambil tahu
pasal saya ni.”
“Masih tak faham kenapa?”
“Kenapa?”
“Saya suka Xandra. Cukup
tak alasan tu untu saya ambil tahu pasal Xandra?”
Aku terpempen dengan
pengakuan tu. Kelu tak terkata. Dia ni dah gila agaknya. Ramai yang cantik ,
kenapa aku. Takkan la.
“ Saya masuk bilik
dulu.”aku berlalu dengan segera setelah mendengar pengakuan itu.
“Good nite” jerit JGS
Celop.
Di bilik aku tak dapat
melelapkan mata. Betul ke apa yang aku dengar ni? Atau dia saja nak buat aku
perasan. Kalau betul dia suka kat aku, kenapa datang sini dengan Prof Qila. Ni
mesti nak pedajal aku. Xandra, ko anggap je yang JGS Celop tuu tak pernah cakap
macam tu kat kau. Kalau kau perasan, nanti kau juga yang merana.
Esoknya aku ke café Mei
Mei seperti biasa. Aku duduk di satu sudut café yang selalu aku huni.
Menghayati kebun bunga mei mei yang menjadi pemandangan café.
Indahnya….perlahan-lahan café mulai di penuhi oleh pelanggan. Tiba-tiba mei mei
berlari mendapatkan aku. Kenapa pulak ni? Ada yang tak kena ker? Sambil
mengambil tempat bersebelahan aku.
“Xandra, rezeki aku lagi
jumpa JGS Celop ni.”
“ Kau ni ada-ada je.
Biarla..”
Hampir keseluruhan
pelanggan café memandang kea rah JGS Celop. Bukan boleh menarik perhatian
perempuan shj, tapi lelaki pun akan kata, mak ai handsome nye. Itula JGS Celop.
Ah….biar la dia nak datang minum. Mesti datang ngan Prof Qila. Aku sambung
melayan laguku seperti biasa. Mei mei mungkin melayan muke si JGS lagi.
Seorang pekerja café mei
mei, nama Ejal datang.
“ Kak, abang tu bagi note
kat akak. Dia suruh akak balas lepas baca.”
Note 1:
Xandra, date me, please!
Reply:
Jangan main2. Pergi cari
yang sesuai.
Si Ejal tu nak tergelak
dengan reply note aku tu. Aku menyambung semula lagu2 best aku sambil melayari
intenet. Si mei mei entah hilang ke mana. Si Ejal datang lagi.
“akak note kedua. Akak,
abang tu hansome abis pun akak tak nak. Cepat kak reply. Saya tunggu”
“bukan tak nak, yang
hansome ni kite kena lebih berhati-hati”
“bukan apa kak, dia nampak
macam ikhlas.”
“ ko tengok akak dia dia
sesuai ker? Orang macam tu mesti awek keliling pinggang.”
Note 2:
I need you.
Reply:
Xandra tak sesuai. Nanti
buat malu awak je. Tak sepadan.
Sekali lagi ejal ketawa
kecil. Dia pun menghantar note tu ke JGS Celop. Malas aku nak layan. Kenapa
mesti dia buat jantung aku bergerak pantas. Macam nak semput rasa. Kenapa aku
rasa macam ni. Sedangkan dia hanya nak bergurau dengan aku je.
“Xandra, please date
me!!” jerit si JGS Celop
Dan satu café pelanggan
Bangun sambik menghulurkan bunga padaku…eh…apa pulak ni. Mana aku nak lari ni.
Bira betul JGS Celop ni. Aku ker???? Mei Mei berlari mendapatkan aku
“ Xandra, ko kenal ke JGS
Celop tu?”
Aku tak boleh bersuara.
Aku nampak JGS Celop melangkah menuju ke arah aku. Alamak, apa nak buat ni. Dah
la bunga byk ni. Pelanggan yang bagi bunga banyak da pergi dari café. Pelanggan
yang baru datang tengok tempat aku penuh bunga memandang ke meja aku dengan
muka yang terkejut seba bunga penuh.
Aku pun dengan pantas
tarik tangan JGS Celop keluar dari café tu. Dan bg isyarat tunggu pada Mei Mei.
“ Kenapa buat macam ni?
Kalau nak bergurau pun tak payahla sampai melibatkan banyak orang”
“ Saya ikhlas. Kenapa
Xandra keras hati ni?? Takkan Xandra tak perasan saya sukakat Xandra. Takkan
Xandra langsung takde perasaan pada saya. Takde tempat ke untuk saya di hati
Xandra?”
“ Kenapa saya?”
“Xandra yang mampu buat
jantung saya bergerak pantas.” Secara spontan JGS memegang tangan aku. Perlukah
aku percaya pada lelaki ini.
Lantas aku menarik semula
tangan aku dan kembali berpijak di bumi yang nyata. Jangan cepat terpedaya.
Harus berhati- semua lelaki seperti JGS
mungkin sama dengan cinta monyet aku.
“ bagi Xandra masa.”
Aku terus berlalu masuk
ke café meninggalkan JGS Celop. Dalam hati ku tuhan saja yang tahu. Ikhlas ke
dia pada ku. Kenapa aku? Apa aku nak jawab kat Mei Mei ni. Dah la satu café
jadi saksi. Pening….