6
Seminggu telah berlalu
peristiwa Genting Highland. Dan seminggu tu la aku tak pernah nampak muka si
mamat JGS Celop. Lega hati ku….eh…kenapa dia yang aku fikirkan.
Ish…..padam2x…..
Lepas habis kelas ni aku
dah janji ngan geng strawberry aku lepak king kat seksyen 2. Pekena ABC koko.
Rindunya…lama tak makan. Kalau makan ABC koko, mesti kene makan ramai2 baru ada
feel. Huhuhuh….
Habis kelas, tanpa lengah
kami menuju ke seksyen 2. Dalam perjalanan Nisha sms yang dia nak join makan
ABC koko. Sampai di KedaiABC koko, Nisha da menunggu di sana. Tanpa lengah
semua geng strawberry order ABC koko satu.
Nisha: Xandra, minggu ni
balik umah aku ya. Mumy buat kenduri kesyukuran. Mumy pesan suruh bawa pembantu
dia yg berdedikasi ni.
Maya: La….Xandra tak
boleh join kite pi tengok pameran buku.
Xandra: Kenduri, ok.
Lagipun aku tak jadi ke Cameron Highland minggu ni.
Nisha: Mumy memang suka
kalau Xandra ada. Orang kuat penutup majlis.
Maya: Aku akui, sebab
masa kenduri kat umah aku pun dia buat kerja sampai majlis selesai. Terbaik..
Xandra: Banyaklah korang.
Hari jumaat berlalu ni
tengah berkemas dengan Nisha. Sabtu dan Ahad ni akan di habiskan di rumah
Nisha. Tapi Nisha ajak ke butik di PKNS dulu. Katanya nak beli baju kurung
untuk kenduri . Jam 6petang aku dan Nisha meninggalkan kolej. Destinasi
pertama, PKNS.
Xandra: Tema warna apa
Nisha?
Nisha: Dark Purple. Ni
cantikkan. Ko suke tak?
Xandra: Haah. Cantiknya.
Nanti aku nak beli pattern ni la untuk raya.
Nisha: Tak payah tunggu
raya. Kak nak yg ni 2 pasang. Saiz M.
warna yang sama.
Xandra: Nisha, aku mmg
tak plan nak beli tau.
Nisha: Mumy suruh beli ko
punya dan aku punya yg sama.
Xandra: la…nanti orang
ingat aku keluarga ko pulak.
Nisha: Takpe la. Lagipun
semua sedara mara aku dah kenal ngan ko. Dah biasa pun. Dah macam sedara juga.
Jam 9 malam aku sampai di
rumah Nisha. Mumy Nisha yang aku panggil Mumy juga menyambut kami di pintu. Terus
bersembang di ruang tamu. Kelatah mumy dan dady Nisha melayan aku sepeti ibu
dan abah melayan aku di rumah. Sedikit pun tak rasa terasing. Walaupun begitu ,
aku juga mesti jaga etika. Ni kan rumah orang.
Mumy Nisha: Adik ngan
Xandra mesti penat. Naik la berehat. Bilik Xandra mumy da kemas. Nak apa2 buat
macam umah sendiri.
Dady Nisha: Betul tu ,
anggap ni rumah Xandra. Kira dady ada dua anak perempuanla.
Nisha: Nampaknya Nisha
ada saingan ni.
Xandra: Ish…Nisha ni,
ada2 je. Mumy and dady, tq sebab bagi layanan baik pada Xandra.
Mumy and Dady Nisha
mengangguk. Apa lagi aku ngan Nisha naik bilik la…laju2. Penat tu.
Xandra: Nisha, nanti ko
da siap mandi lepak bilik aku ya.
Nisha: Mestila, macam
biasa. Hahahahah….baru ada bahan.
Bilik aku hujung. Bilik
Nisha dan aku terpisah dengan satu bilik. Dari dulu aku selalu datang bilik
hujung tu la aku tidur. Kata mumy, tu bilik Xandra. Huhuhuh…terharu…Bila aku
buka pintu bilik sahaja, aku terpegun. Bilik tu telah di dekorasi baru dan yang
paling best menepati seleraku. Bertemakan pink dan putih..tapi takkan mumy
Nisha buat decoration baru untuk aku. Wah……bestnya kalau aku boleh deco bilik
aku mcm ni juga. Seperti selalu, aku menyimpan barang di almari yang semamgnya
kosong dan sentiasa terisi dengan pakaianku kalau aku menginap disini. Lepas mengemas,
aku mandi dan membersihkan diri. Tak lama pada itu, Nisha mengetuk pintu
bilikku. Dia masuk dan membaringkan diri di atas katil.
Xandra: Mumy ko buat deco
bilik ni seperti bilik idaman aku. Warna yang aku minat. Hiasan yang aku minat.
Huhuhu….mesti mumy ko nak tetamu dia selesa tidor kat umah ko kan?
Nisha: eh…ni bukan bilik
tetamu. Tapi bilik ko.
Xandra: ko kalau nak tipu
aku tu agak2la…kat rumah ko tak mungkin ada bilik aku.
Nisha: mumy deco bilik
aku, along dan ko. Mase mumy nak deco bilik ko, mumy tanye aku, apa ko suke. So
mumy mmg kenal ko dan dengan sedikit info dari aku. Jadila bilik ni.
Xandra: Ish…tak percaya
la aku.
Nisha: tak percaya, jom
round.
Pertama- bilik aku
seperti yang aku suka, pinky and white,
Kedua- bilik along warna
tone blue serta maskulin style. Ada meja café lagi. Ala2 café butik. Kata Nisha
itu mmg konsep kesukaan along.
Ketiga-bilik nisha,
purple sangat. Semua purple…..
Dalam kepala aku ni ligat
berputar, kenapa aku ada bilik ni.
Xandra: Nisha, kalau itu
bilik aku. Mana bilik tetamu. Ko saja nak buat aku konpius.
Nisha: tak percaya
sudah..ha tu mumy. Mumy, ni mmg bilik untuk Xandra kan? Bukan bilik tetamukan?
Mumy Nisha: La kenapa tak
percaya. Mumy mmg buat khas bilik ni untuk Xandra. Xandrakan mumy da anggap
macam anak mumy sendiri. Lagipun mumy suka
Xandra kawan ngan Nisha.
Xandra: ish…susahkan kan
mumy je.
Mumy Nisha: taklah. Mumy mmg
nak deco bilik2 along n Nisha. Pasa bilik tetamu jgn risau ada dua bilik tetamu
kat bawah. Ni mmg untuk Xandra. Jadi selalu la datang sini.
Nisha: Hahah….mumy aku da
ikat ko….pandai mumy.
Mumy Nisha: dah..pegi
tido. Dah lewat ni. Esok banyak nak di buat. Kenduri lepas Maghrib ya.
Kami semua masuk tido. Tapi
aku tak boleh tido. Masih dok fikir bilik ni. Ah..lantaklah. Mumy Nisha mmg
baik. Esok kene banyakkan senyuman. Eh…si JGS celop takde . Takkan kenduri kat
umah sendiri pun dia tak balik. Ape la punya family. Tanpa aku sedari, aku
tertido dalam berfikir. Itulah aku XANDRA.
Lepas subuh aku memang
tak suka sambung tido. Terus ke dapur buat air nescafe panas. Mak Jah orang
gaji rumah Nisha pun da biasa dengan kebiasaan aku. Lepas tu lepak di taman
mini rumah nisha sambil melayan lagu Korea sambil mencari set baju yg sesuai. Dah
lama sangat tak beli baju ni.
Rasanya baju ni adalah
set yang sesuai. Baju putih cream dan seluar warna khakis. Simple da tak sarat.
Ok…baju settle. Ni mesti ada kat butik kat Bintang walk. So now cari little
flower pulak. Tak pun nnt cari kat Cameron Highland la. Minggu depan turun sana. May Lin, aku datang. Heheheheheh…mcm
cerita Hindustan la pulak.
Tengah leka meng google
pokok bunga, ada manusia meletak cawan di meja. Lantas aku mencari wajah pemilik cawan. Tepat pandanganku
pada wajah JGS celop. Ish….dia ni lagi. Dah sah2 ni rumah dia. Jumpa la dia. Malas
aku nak layan. Aku meneruskan aktivitiku. Aku dapat rasakan bahang orang
memerhatiku. Haruskah aku pergi…..ah…lantaklah. Janji aku tak kacau orang.
Tak lama kemudian mumy Nisha
muncul dengan dulang penuh berisi makan. Di susuli dady Nisha.
Mumy Nisha: mumy dah agak
Xandra mesti bangun awal.
Xandra: Haah. Lepas subuh
terus hirup udara pagi kan sihat.
Mumy Nisha: Nisha pun
mumy baru kejut. Tengah bersiap la tu.
JGS celop: Mumy, pagi ni
apa plan?
Mumy Nisha: Ha…lupe nak
kenalkan. Xandra, ni along Nisha. Azizul Kamil. Anggapla macam along Xandra
juga.
JGS celop: Tak nak la
anggap macam adik. Tak best. Jadi girlfriend boleh tak mumy.
Aku jegilkan mata kearah JGS
celop. Mulut takde insuran. Depan orang tua pun nak melawak perkara macam ni. Ei…nasib
baik ni kat umah ko.
Perbualan itu diakhiri
dengan tugasan yg telah diberikan oleh mumy Nisha. Kami berdua kena ambil kuih
yg telah di tempah di Bukit Raja. Kerja2 tu selesai dengan success siap dengan
menghidang kuih. Baru jam 4petang rumah Nisha dipenuhi oleh segenap saudara
mara Nisha. Sungguh ramai tetamu yg datang bila jam menunjukkan pukul 6ptg.
Semua bersiap sedia untuk solat maghrib berjemaah. Aku dan Nisha tidak
ketinggalan berjemaah. Kami mengambil kedudukan di sebaris dengan mumy Nisha.
Di barisan belakang sekali. Bermula solat Jemaah sehingga berakhir dengan
begitu lancar. Alhamdulillah. Aku dan Nisha di suruh mumy naik dan menukar
pakaian. Kami menurut sahaja.
Setelah siap aku dan
Nisha terus ke dapur menolong mana yang patut. Lagipun aku lebih selesa buat
kerja di dapur dari melayan orang di depan. Nisha pula biasenye kejap je kat
dapur, lepas tu hilang melayan sedara mara dan rakan familinya. Di dapuraku
bukan takde kawan. Ada makcik-makcik Nisha, ada juga jiran-jirannya. Layan je
la.
Tengah asyik di dapur
tetiba muncul kelibat JGS celop duduk sebelah aku. Makcik –makcik semua apa
lagi kenakan aku la…
Cik Ana: Eh Along ngan
Xandra mcm pengantin baru pulak pakai baju sedondon.
Cik Shila: Haah la…ape tu
mcm lepas sanding lepak ngan famili pakai baju sedondon.
JGS Celop: Ok tak cik?
Xandra: ish…ade2 je cik
ni. Tapke la. Xandra ke depan dulula.
Cari Nisha.
JGS Celop: Eh…takkan nak
tinggalkan abg kat dapur ni…
Meledak ketawa dari
makcik2 tu semua. Teruk betul. Terus aku angkat kaki. Siapla si JGS Celop ni
nanti…
Aku kedepan mencari
baying Nisha…tapi hampa. Baik aku duduk di sudut taman kat luar tu, tempat mini
bunga yg aku sentiasa bagi setiap kali balik dari Cameron Highlands. Nyamannya
dan tenang. Sambil menikmati air necafe..ni baru ketenangan. Jap lagi bile
majlis dah nak berakhir baru aku ke dapur.
JGS Celop: menung jauh
nampak?
Xandra: sibuk je
JGS Celop: esok free tak?
Xandra: tak free
Terus aku bangun dan nak masuk
ke dalam rumah. Lagi lama aku kat situ, lagi la aku tak boleh dengar ayat-ayat
dia. Menyakitkan hati. Macam nak muntah. Baru nak berlalu tanganku
ditangkap….aku berpaling sambil menjegilkan mata kea rah JGS Celop. Mungkin dia
takut aku menjerit terus dia lepaskan tangan aku.
Rupanya insiden itu turut ditonton Nisha.
Nisha: Xandra aku pelikla
ngan abang aku tu.
Xandra: ko pelik, aku
lagi pelik.
Nisha: Sorry ya Xandra.
Xandra: Takpe, aku da
lupakan. Jom masuk.