Alhamdulillah, dapat tido dengan
nyenyak sekali. Mesti bersiap untuk ke strawberry park May Lin. Mesti May Lin
da ada kat sana.
Seperti yang aku jangka, May Lin
tersenyum melihat kehadiranku di sana. Hari ni aku plan nak tukar suasana meja
6. Lebih fresh gitu. Dalam plan nak guna bunga Forget Me Not. Pasti ramai
yang bakal jatuh cinta kalau lepak kat situ. May Lin, trust me ok...
Aku terus menuju ke meja no 6. May
Lin datang membawa segelas Milo Ais kegemaran ku, Milo tanpa susu dan gula. Dia
memang memahami.
Perbualan yang telah ku alih bahasa dari mandarin ke bahasa
melayu:
"Xandra, apa konsep kali ni?
tak sabar aku. "
"Forget Me Not"
"Dengar je aku dah excited nak
tengok hasilnya. Boleh aku tolong?"
“Mestilah aku perlukan bantuan. Ok
jap, aku habiskan milo ni dulu. Lepas ni kite terus pergi beli bunga."
“Aku suke ko ni, dalam buat
sesuatu, mesti plan da ada. tak pening kepala nak ikut. Terbaik."
Dari pukul 8pagi sampai sekarang
pukul 9pagi. Hanya setengah jam sahaja, da siap beli bunga untuk setting kat
meja no 6. Susun partition, letak majalah dan bahan bacaan yang lain. Tidak
lupa jam loceng bentuk season sangat dan beberapa frame yang telah
aku letakkan gambar permandangan. Semuanya aku prepare minggu lepas. Dengan
adanya bunga Forget Me Not, menaikkan suasana fresh di ruangan meja 6. Akhirnya
tepat jam 11pagi, siap semuanya. Apa lagi, aku dan May Lin adakah orang pertama
yang lepak kat situ. Memang tak akan lupa...hehehehehhe
Melihat pelanggan cafe semakin ramai,aku
da May Lin berganjak ke ruangan personal cafe. Sambung borak di sana.
Perbualan yang telah ku alih bahasa dari
mandarin ke bahasa melayu:
"Xandra, kalau aku letak gambar
bersama kite dengan pekerja cafe kat frame meja 6 tu ok tak?"
"Ok juga idea tu, ko ada bawa
sekarang ker?"
"Ada. Aku letak sekarang juga. Tunggu
jap"
“Terbaikla May Lin"
Sambil tersenyum aku masih dengan tabiatku
yang mendengar lagu korea di telinga, tangan laju menari di notebook. Table di
ruangan personal betul2 di pintu masuk, dan dapat melihat segenap ruang dalam
cafe. Tiba-tiba May Lin datang menerpa aku yang tengah leka.
Perbualan yang telah ku alih bahasa dari
mandarin ke bahasa melayu:
"Kenapa May Lin? Terperanjat aku.
Muke macam nampak hantu. Dengan rambut ikat banyak2"
"Ko tak perasan ke ada artis masuk
cafe tadi?"
"Mentang2 aku duduk kat pintu masuk,
ko ingat aku ni nak tengok semua customer masuk. Baik aku layan lagu Jang Geun
Suk aku"
"Ha tu la...Mamat Jang Geun Suk ko da
datang."
"Takkan mamat semalam. Ish, jannganla
fanatik sangat dengan mamat semalam"
"Dia duduk kat meja 6 tau."
" Takpela. Ada aku kesah"
Dek terlalu excited, May Lin yang
mengambil order meja 6. Dan diajugala yang menghantar order. heheheheh dasat
penangan mamat Jang Geun Suk ni. Cina,minat dekat cina biasela tu.
huhuhuhu..Aku leka lagi. Aku melontar pandangan ku ke meja 6.
Ops....bertentangan mata pulak. terus aku tengok atas.....hahahahahahah. Takkan
aku nak tackle mamat Jang Geun Suk plak. Rasa macam ada orang tengah tengok ke
arah aku ni. Baru je angkat muka, ish...mamat Jang Geun Suk lagi. Ok, siap kau.
terima la jelingan Strawberry dariku....ehheheheheh. Da ni last. malas aku nak
layan. Aku transfer semua gambar dari kamera ke hardrive. tempat berikutnya,
adalah Taman Bunga. Lama sangat da lepak kat sini. Nak check out petang ni.
nasib baik barang da kemas. Ambik gambar di taman, lepas tu balik bilik, terus
bersiap balik. Aku minta diri dulu dengan May Lin. Mungkin dua minggu lagi aku
datang....
Setiba di Taman, memang tenang dan sejuk.
Sebelum ke taman tadi aku singgah di Marrybrown membeli secawan kopi. Memang
nikmat minum kopi panas di tempat sejuk. Jam baru pukul 3ptg. Duduk di tempat
favorite aku. Ada bunga yang baru berbunga, aku laju menuju ke arah bunga yang
baru ditanam itu. Apalagi, ambil gambar dari setiap sudut. Tiba2 aku di
langgar, dan yang paling haru, kamera aku terjatuh dan mengalami kecederaan
teruk. Aku ambil kamera tanpa pandang muke orang yang langgar tu. sambil mulut
aku mengomel sendiri. Walaupun orang tu panggil, aku terus jalan. Eeeiiii tak
sanggup aku tengok muke bedebah tu. Kalau tak, aku tak boleh control
kemarahan aku. Baik aku blah, dan walaupun rugi, kurang dosa aku maki orang.
Aku masuk kereta terus tak toleh dan drive
menuju ke hotel. Aku singgah di cafe, Milo Ais no sugar and no milk untuk
meredakan kemarahanku. Tengah aku menilik kerosakan kamera aku, datang satu
mamat ni menyapa aku. Tak bagi salam plak tu. Mesti ingat aku cina.
“Miss, maaf ya. tadi bos saya terlanggar
miss. Bos saya memanggil Miss banyak kali, tapi miss tak berhenti"
"Bagitahu bos awak, lebih baik jangan
jumpa saya. Saya maafkan"
"Kata maafkan, tapi nada marah"
perli mamat tu
"Maaf saya pergi dulu" baik aku
angkat kaki. malas nak layan.
Sebelum aku mengangkat kaki, sempat mamat
tu hulur kad.
"Ini kad bos saya. Kalau nak ganti
rugi call je no tu" sambung mamat tu.
Aku ambil kad tu dan terus berlalu ke
bilik. Aku mengemas.Jam menandakan pukul 4petang. Sesuai sangat aku bertolak ke
Shah Alam. Aku susun barang semua dalam kereta, kemudian aku check out.
Perjalananku lancar. Sampai di Kolej, aku
terus basuh baju. Assignment semua da siap. Esok kelas pukul 10pagi. Bolehla
aku ke kedai kamera untuk baiki kerosakan kamera aku. Di bilik, Nisha masih
di meja study mengemas buku untuk subjek esok. Sambil mengemas, sambil sembang
dengan aku.
“Xandra, Cameron ok tak?”
“Mana boleh tak ok.
Kenapa tanya?”
“Takdela. Saja aku tanya.
Manala tahu ada yang aneh berlaku.”
“Ok je. Cume kamera aku
je. Ada orang langgar aku, kamera terjatuh. Tak tahu apa yang rosak. Nak ON tak
boleh.”
Aku tengok muke Nisha ni
macam sesuatu je. Ni mesti ada apa2. Tapi dia terus buat muke mcm ada sesuatu.
Apa ya????
“Xandra, esok ko free
tak?”
“ Esok aku ada kelas dari
pukul 10pagi sampai pukul 4petang. Kenapa?”
“Aku nak lepak ngan ko.
Lama kita tak pegi Sunway Pyramid sama2.”
“ Ok juga. Tapi kali ni
kite lepak je ok. Tak nak tengok wayang atau shopping. Santai”
“Ok. Aku pun nak santai
juga. Ko pakai lawa2 ya.”
“Kenapa pulak? Aku pakai
apa pun sama je la.”
“Aku tahu. Muke chinese
look ko tu memang tak boleh ubah.”
Akhirnya aku dan Nisha
terlelap. Mengantuk sangat tau.
No comments:
Post a Comment