Mulut
sentiasa mahu menafikan
Muka
seperti mahu berhenti berpaling
Tapi
akal yang waras tak henti memikirkan
Hati
mengiakan tanpa berbanding
Hariku seperti biasa.
Café Menara menjadi lokasi pilihan setelah habis kelas masa pertama. Dua jam
lagi kelas masa kedua akan menyusul. Tapi aku malas menyertai Maya dan Zalia yang memilih untuk
balik ke hostel. Sambil menikmati cheese cake dan nescafe ais di satu sudut
café. Telinga ku aku sumbat dengan headphone yang memainkan lagu kegemaranku.
Huhuhuhu….
Melihat telatah pelajar
lain yang bukan man bergaya lagi ke kelas. Mungkin budak Art, tak pun budak
MassComm tak pun budak Office Management. Sebab diaorg semua kene jaga
personality. Tak macam aku, jeans and t-shirt dah memadai. Budak engine.
Tumpuan ku terhenti ke sekelompok pelajar perempuan yang dari tadi boleh di
katakan kerap memandang ke arah aku. Walaupun tak mendengar butiran perbualan
mereka, cara memandang tu buat aku perasa juga. Ada yang tak kena ke aku ni?
Aku terus menyambung
menikmati cheese cake dan alunan lagu. Sambil tangan melihat assignment EE112
yg baru dapat tadi. Mesti kene faham semua nota minggu lepas, baru boleh buat
assignment dengan mudah. Jang Geun Suk punya lagu bermain di telinga, mulut
mula turut serta menyanyi anak khas buat pendengaranku sahaja.
Setengah jam berlalu,
pelajar perempuan yang memandangku makin kerap memandang. Ish…kenapa ni? Tak
sedap hati, lalu aku menanggalkan headphone dan merenung ke arah mereka. Aku
buat muka seolah bertanya kenapa. Dengan mimik mukaku, mereka menunding jari ke
arah satu meja. Tanpa berfikir panjang aku terus toleh. JGS Celop…..apa aku nak
buat ni….buat-buat macam tak nampak. Xandra….cool je ok.
Kenapa dia masih di situ.
Walaupun mejanya hanya selang 3 buah meja. Tapi bahang tenungannya seolah dia
berada di meja yang sama. Haruskah aku berlalu…ya…baik aku kemas barang. Lepak
di library pun ok. Tanpa menoleh, aku berlalu sambil mengenyit mata pada
kumpulan pelajar perempuan tadi yang masih mencuba nasib memikat JGS Celop kot.
Semoga Berjaya…
Suasana dalam library
terlalu sunyi dan buat aku segan duduk sorang2 di meja. So aku ambik keputusan
duduk di antara celah rak buku yng bersudut. Huh…macam dalam drama pulak. Dalam
aku kusyuk dengan duniaku. Kenapa aku nampak pelajar-pelajar perempuan kat
library ni tetiba macam melihat dan bercerita tentang sesuatu. Apa yang menarik
baru masuk ke library yang tadi senyap kini tetiba bising? Aku pun nak
tengokla. Aku keluar dari celah sudut rak tu, terus memandang sekitar pintu
masuk. Artis celop tu rupanya. Baik aku bersembunyi. Nanti tak pasal2 dia
nampak aku.
Dari celah rak sebelah
kedengaran perbualan kecil yang aku juga boleh dengar dengan jelas.
“ Abang, boleh
berkenalan? Nama abang siapa ya?”
“Azizul Kamil”
Terkejut beruk aku apa
bila terdengar nama tu. Macam mana nak lari ni. Seperti da kene kepong. Ya
Allah sabarkanla hati ni.
“ Abang, da ada
girlfriend ker?”
“ Tengah mencari la ni”
“ Tak percaya la.
Handsome macam abang ni takde girlfriend”
“ Ni masuk library ni nak
cari girlfriend la ni”
“ So abang da jumpa orang
yang tepat la ni. Saya Farisha, panggil Shasha. Malam ni free tak?”
“Sorry Shasha, abang
memang tak berminat”
“Abang tunggu dulu, ni
contact no shasha.”
Tiba-tiba, tercegat si
JGS celop di depan aku. Dia capai beg aku, handphone dan buku aku. Tak cukup
dengan tu tarik aku bangun. Dan….
“Ha…da jumpa girlfriend
abang. Ni Shasha, girlfriend yg abang nak cari tadi. Kenalkan Xandra. Ok jumpa
lagi.”
Kemana pulak dia nak bawa
aku ni? Mc Donald Sek 3. Aku masuk ke Mc Donald tu seolah2 aku mmg nak ke sana.
Masuk dengan lajunya. Tak nak seiringan dengan JGS Celop. Ni mesti jadi
perhatian jap lagi. Sebab tu hati aku ni kalau cari boyfriend cari yang biase2
je. Ala- ala strawberry. Betul cakap aku, sampaikan orang yang tengah makan pun
berhenti kejap nak tengok ke handsome man JGS Celop ni. Aku duduk kat tingkat
bawah dan depan TV. Aku buat hal aku sendiri. JGS celop ambik tempat di meja
yang sama dan berhadapan.
Hati, buatla seolah-olah
dia tak berada dihadapanku. Aku terus bangun dan menuju ke kaunter untuk
memesan hot coffe. Di kaunter…
“Coffe large satu ya.”
“Okey. Akak, handsome nye
boyfriend akak.”
“Dik, tu bukan boyfriend
akak. Tak sesuai ngan akak. Handsome sangat.”balasku sambil ketawa kecil.
Mungkin dia pun bersetuju ngan aku.
Baru aku tinggalkan kejap
da ada perempuan duduk di meja tu. Rancak pula berbual. Jadi aku ambik
keputusan duduk meja di luar. Takpela, aku bagi ruang diaorang berbual. Sambil
aku menikmati hot coffe. Dan sedikit terlupa mengenai JGS Celop tadi. Tinggal
setengah jam lagi sebelum kelas bermula.
“Malu sangat ke duduk
semeja dengan abang?”
“ Kenapa ni? Kite bagi
peluang kat dia, nak marah2 pulak.”
“ Peluang apa?”
“Dah la. Xandra ada kelas
ni”
Hp ku berdering.
“Zalia, kejap aku da nak
gerak ni”
“Xandra kelas hari ni
cancle. Esok back up class. Prof inform Maya tadi. Kami pun da kat Subang ni.”
“ Class cancel, baru
skarang ko bgth. Da siap sampai Subang lagi. Oklah tq anyway.”
Haluan kereta JGS Celop
ni tak menuju ke hostel aku. Tapi
seperti ke Mid Velly kot. Suka hati la. Nak tengok juga, apa akan jadi. Di
parking lot dia keluar membukakan pintu untuk aku. Dia pegang tangan
aku….kenapa ni? Aku cuba lepaskan, dia genggam kuat. Makin confius aku.
Melangkah masuk ke Mid
Valley sambil berpegangan tangan. Seperti biasa, dia akan menjadi perhatian.
Dalam lift saja orang da berpandangan. Yang pasti bukan sbb dia pegang tangan
aku. Tapi sebab mukanya yang terlalu sama dengan Jang Geun Suk.
Sebaik keluar lift, dia
memimpin aku ke Big Apple café. Tanpa bicara aku mengikut shj. Aku berharap
tidak akan bertemu dengan orang yang mengenali aku. Didudukkan aku, kemudian
dia datang dengan beberapa jenis donut dan hot coffe. Aku makan tanpa rasa
bersalah dan tak menghiraukannya yang seakan sibuk menelefon. Butiran yang aku
tak berapa faham. Macam ada sebut Cameron Highland.
“Esok ada kelas tak?”
soalan memecah kesunyian.
“Back Up class yang
cancel tadi.”
“Pukul berapa?”
“Nak pergi toilet jap.”
Aku cuba melarikan diri lagi
Apa aku nak buat ni. Baik
aku naik teksi ke stesyen komuter. Tak boleh di teruskan ni. Nanti aku
terperangkap dengan perasaan aku sendiri.
Alhamdulillah aku da kat dalam komuter. Berjaya melepaskan diri. Azizul Kamil
maafkan Xandra sebab memang tak nak terlibat dengan perasaan. Sebelum terjebak,
baik elakkan diri. Lagipun dia boleh dapat yg lebih baik dari aku.
Sepanjang jalan hp tak
berhenti bordering. Nasib baik aku silentmode. Sampai juga kat kolej. Hp masih
berdering lagi. Baik aku cepat masuk bilik.
Bila da berada dalam
bilik rasa tenang sangat. Kedengaran Nisha bagi salam. Da balik rupanya. Bila
tengok Nisha, terus fikiran melayangg kat JGS Celop tu. Apa agaknya jadi dengan
dia. Marah tu da semestinya. Tapi takpe esok mesti da reda.
“ Xandra, kalau aku tanya
ko satu perkara boleh?”
“ Apa dia? Kalau aku
boleh jawab, aku jawab.”
“Tadi abang aku bawa ko
kat midvelly ker?”
“Haah. Kenapa?”
“ Lepas tu ko lari balik
tanpa bagitahu kan?”
“Haah. Kenapa ni”
“ Abang aku bagai nak
gile cari kau. Dia kol tak dapat.
Aku kol pun ko ignore.
Dia ada kat bawah.”
“ Nisha, aku minta maaf
sangat da susahkan kau. Tapi aku
tak fahamla apa yg abang kau nak sebenarnya.”
“ Dia suka kat kau. Itu
pun kau tak faham ker? Itu kite
cerita lain. Skarang kau
pergi turun jumpa dia dulu.
Settle apa yg patut settle.”
“ Yer la…”
Aku melangkah dengan
malas. Apa yang aku nak
perkatakan nanti. Hati
aku ni mesti bertahan. Dan jangan
tunduk dengan cinta.
Tabahlah hati. Melihat dari jauh
saja boleh buat hati
meruntun. Hati, tabahla…
“Assalamualaikum”
“ Hulurkan tangan”
Aku hulurkan tangan , dia
mengeluarkan sesuatu dan
meletakkannya di
tanganku. Dia terus masuk kereta
tanpa berkata dan berlalu
meninggalkan aku dengan
seribu soalan. Kenapa bg
aku hp dia?
Nisha: apa abang aku
cakap?
Xandra: dia bg aku hp.
Nisha: eh…ni hp dia…jap
along call.
Nisha: ya along. Da kat
umah ya.
Azizul Kamil: Da. Adik,
pesan kat Xandra jawab semua panggilan kat hp along.
Nisha: ok.
Azizul Kamil: ok dik. I trust
u. nite.
Perbualan yg ringkas
antara adik dan abang.
Nisha: Xandra, abang aku
suruh ko angkat semua kol in.
Xandra: kenapa abang kau
buat aku macam ni?
Nisha: Aku rasa, dia mmg
da angau kat kau.
Xandra: Nisha, aku mmg
nak anggap abang kau abang aku juga. Aku rasa abang kau confius. Kitakan
budak2lagi. Lagi satu. Aku tak nak terluka.
Nisha: Kau cuba dulu. Aku
kenal abang aku. Da la…aku tido dulu la. Jangan lupa angkat incoming call.
No comments:
Post a Comment