Alhamdulillah selesai
solat subuhku. Hari ni Jumaat yg sememangnya hanya ada kelas 8pagi smp 9 pagi.
Back up kelas smlm 9pg sampai pukul 10pg lepas tu free…. Kemas buku dalam beg
dan pilih baju nak ke kelas.
Terpandang hp JGS Celop. Apa
aku nak buat dengan JGS ni? Rupa ada, kerjaya ada establish lagi. Macam tak
logik dia approach aku. Nak buat aku perasanla tu. Lagipun dia tua 8tahun tu.
Boleh layan ke jiwa kanak2 strawberry aku ni.. eh….kenapa aku fikir pasal JGS
pulak ni…Hati..mesti tabah tau. Jangan mengalah untuk jatuh cinta. Dia byk
pilihan. Nanti kau juga yg merana.
Setelah bersiap, Nisha
mengajak aku ke dewan makan sebelum ke kelas. Makan roti 2 keping dan nescafe
panas. Selesai breakfast, sempat Nisha berpesan pick up all incoming call. Aku
mengangguk shj…eh…biar betul aku ni. Bunyi
je pick up je la. Bukan susah.
Langkah aku lajukan sampai
kelas sudah ramai yang datang. Tak lama kemudian lecture pun datang. Segalanya
berjalan lancar sehingga la kelas back up berakhir. Maya n zalia minggu ni
pakat balik kampung. Nisha pun balik umah minggu ni.
Perlukah aku ke Cameron
Highland???? Jam pukul 10.15pagi. sempat lagi ni. Tak payah balik kolej, pakai
baju spare dalam kereta je. Memang da jadi rutin aku simpan beberapa pasang
baju n keperluan aku. Ok….teruskan perjalanan.
Pukul 11.30 aku di RR
untuk menghirup kopi panas secara santai. Kedengaran ringtone hp Lucky.
Teringat cerita Heartstring. Eh.. kenapa lama sgt lagu ni hbs. Nampak sgt
tuannya suka lagu tu…tapi semua memandang ke arah aku…
Eh..aku ker???la…baru aku
teringat hp JGS celop.
Xandra: hello
Caller 1: eh…kenapa suara
perempuan? Ni hp geun suk kan?
Xandra: ya. Tapi dia
takde. Dia tinggal hp dia pada saya.
Nanti kalau saya da pulangkan hp ni saya suruh dia kol back.
Caller 1: ok.
Tanpa tunggu ayat
seterusnya aku terus letak. Harap tiada call yg lain.
Kenapa dalam hati ada sedikit rasa bersalah ni...tapi aku tak buat salah...baik aku teruskan perjalanan. Lagi cepat smp lagi bagus. Kali ni boleh lama sikit kat Cameron Highland. Isnin dan selasa cuti...
Tepat jam 330 petang aku sampai di Century Hotel. Aku terus check in hotel. Masuk je bilik, amat menenangkan..bilik level bawah yg ada garden. Ambik air 3 in 1 nescafe bancuh dan lepak sekejap di kerusi yang ada di garden. Nampak mcm bilik sebelah ada penghuni....ah biarkanla...nikan hari cuti yang panjang. Pasti ramai yang datang sini. Aku pun bernasib baik dapat bilik.
Ok...skarang aku mandi dan bersihkan diri...aku nak buat kejutan kat May Lin. Nak pegi pasar malam dan lepak sana sampai pasar nak tutup. Mesti May Lin happy......
Seperti yang dijangka, aku betul menjadi kejutan buat May Lin. Bile dia nampak aku je, terus bersorak dan berlari menuju ke arah aku. Dengan pantas May Lin menarik aku meneruskan perjalanan ke cafe yang berhampiran. Siap pesan kat pekerja, dia terus balik. Sungguh melampau....tapi aku gembira.
May Lin: kau kata tak datang, tapi hati aku kuat ckp kau akan datang.
Xandra: parent aku takde kat umah, pergi trip ke Bandung. Tu yang aku ke sini. Kau tak suke ker aku dtg?
May Lin: mana boleh tak suka.ada cite menarik untuk kau....tu yang tak sabar nak jumpa kau.
Xandra: apa yang menarik?
May Lin: order la dulu. Sambil makan aku cerita..
Air Nescafe panas dan sepinggan chicken chop hidangan pilihan aku. Barli panas dan sepinggan fish and chip menu pilihan May Lin. Apa lagi, makan la....
May Lin: xandra, ni berkenaan dengan JGS celop tu. Boleh dikatakan tiap2 minggu dia datang sini dan jumpa aku kat cafe tau.
Xandra: kenapa dia jumpa kau. Kau ada scandal dengan dia ker. Tak bagi tahu aku pun.
May Lin: mula-mula aku terkejut. Bile dia mula start tanya pasal kau, aku jadi pelik. Dan minggu berikutnya datang dan tanya benda yang sama, so aku pun seakan paham akan maksud dia. Perlu aku teruskan?
Xandra: dia tanya apa? Apa yang kau jawab? Aku peningla dengan dia ni.tak cukup kat kampus dia kacau aku, sampai kat sini dia selidik aku. Perlu ker?
May Lin: aku faham maksud dia. Yang aku tak faham engkau. Kenapa menolak?rupa ada, kerjaya ada. Islam pulak tu.
Xandra: kau tak faham. Kalau package macam tu susah nak jaga. Bolehkah orang macam tu setia dekat aku yang macam pipit dengan enggang ni. Aku ni pun tengah tahan hati aku jangan terperangkap dalam perasan ni. Nanti aku juga makan hati.
May Lin: itu satu alasan yang terlalu hipokrit. Aku tak boleh terima. Kau ada pengalaman bercinta ke? Aku macam tak tahu je kalau ada.
Xandra: memang la aku tak pernah bercinta. Tapi pengalaman kawan aku di sekolah teknik dulu. Kawan aku ni biasa sangat orangnya. Tapi dalam diam senior yang paling handsome dan paling pandai kat sekolah minat kat dia. Bukan tu je. Senior tu pandai menyanyi dan melukis juga. Full package...kalau ko tengok kawan aku tu mesti kau tak caya macam mana senior tu boleh minat kat dia.
May Lin: apa jadi lepas tu...
Xandra: kawan aku minta semua di rahsiakan. Tapi senior tu sendiri yg dedahkan hal mereka. Katanya tanda ikhlas menyintai. Jadi kawan akuni dituduh memikat secara hebat sampai boleh buat senior handsome mcm tu boleh terpikat. Aku selalu dengar keluhan dia. Tu belum senior perempuan yang minat dan buli kawan aku tu.
May Lin: teruk jugak ya...
Xandra: tula..kawan aku ni terlalu menjaga hubungan sehingga tak kisah apa orang nak kata. Last2 masa kami masuk tingkatan 5 abang senior tu masuk UTM , kakak kawan aku tu belajar kat sana juga. Tapi abang senior tu tak kenal. So kakak kawan aku tu nampak abang senior tu tengah dating dengan pompuan lain. Kawan aku tanya status dia, abang senior tu tak jawab. Alih2 dapat surat cakap kawan aku curang kat sekolah, jadi dia nak putus hubungan. Sedih tau...
May Lin: la...dia yang ada girlfriend, kawan kau pulak yg dituduh curang. Stress betul la...
Xandra: kalau kau dengar pun boleh stress, ni pulak yg mengalaminya. Aku yang ada dengan dia masa tu pun turut sedih tau. Tapi aku respect kawan aku tu sebab cepat bangkit. SPM terbaik peringkat daerah tau. Skarang di UTM yang sama dengan abang senior tu.
May Lin: kat sana tak bertembung ker...
Xandra: mana tak nye..satu fakulti. Abang senior tu sibuk tunjuk gf. Tapi kawan aku ni maintain pandai dan di sukai ramai student dan lecture..jadi setakat senior tu tak buat dia kekok pun. Malah jadi lebih kuat.
May Lin: jadi kesimpulannya ko tak nak kat JGS tu sebab dia full package dan ko tak nak jadi macam kawan ko la ya....
Xandra: tu salah satu sebab. Kira major reason la. Dah la muka dia macam JGS, kau rasa kalau ada yang macam Park Shin Hye datang dia nak stay ngan aku...rasanya tak kot. Kawan dia yang jadi lecturer kat uitm tu oun cun giler, lagila...aku ni kerdil. Sekelip mata dia tinggal aku. So aku kene kuat dan tahan hati aku ni.
May Lin: tapi aku kesian la kat dia. Dia macam ikhlas nak kat kau. Aku tahu kau pun suka kan...kenapa nak pilih terseksa..ni bukan zaman sekolah.
Xandra: aku mengaku, memang aku suka kat dia. Jadi sebab tu la aku kene kuatkan hati jangan sampai hati aku jatuh pada dia. Nanti aku juga yang terluka. Sebelum terluka, baik kita prevent. Right?
Perbualan kami bukan habis di cafe saja. Malah di teruskan sampai ke hotel. Sambil berbual sehingga tertido. Itulah kami yang dari mula kenal sampai skarang tetap sama... Persahabatan yang aku harap berkekalan sampai kami tua.
No comments:
Post a Comment